Nyawa-nyawa kecil sedang pudar dalam dakapan ibu yang kelaparan
Di hospital dan khemah-khemah Gaza, bayi yang baru lahir mempunyai berat kurang daripada satu kilogram — dada kecil mereka berombak menahan lelah hanya untuk terus bernafas. Lebih 14,000 kanak-kanak kini terpaksa dirawat akibat kekurangan zat makanan yang teruk (acute malnutrition).
Akibat kebuluran dan trauma yang berpanjangan, hampir separuh daripada ibu-ibu di Gaza tidak lagi mampu menghasilkan susu badan. Dalam keputusasaan, ramai ibu terpaksa membancuh air kosong, air teh, atau kisaran kacang kuda hanya untuk mendiamkan tangisan bayi mereka yang kelaparan pada waktu malam.
“Setiap malam anak saya menangis sehingga suaranya serak. Susu badan saya sudah lama kering kerana saya sendiri tidak makan. Saya terpaksa mengisi botol susunya dengan air kosong sambil berdoa agar dia tertidur dan masih bernyawa esok pagi.”
Setin susu yang kita anggap biasa di Malaysia adalah penentu antara hidup dan mati buat bayi Amina. Bersama, kita mampu memastikan tiada lagi bayi Gaza yang tidur dengan perut berisi air kosong.




